Pengumuman Penting(sticky post)

Silalah jenguk2 blog usang lagi
dimamah usia ni...
BACA,KOMEN boleh
COPYCAT jangan sekali

Friday, August 1, 2014

Vacation 2014 : Shenzhen Hong Kong Macau Guangzhou (ShenZhen- Last Day)

Hari ke-enam (11 Jun 2014)

Hari ini hari terakhir untuk trip vacation kali ini.. Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar even ada sikit2 pertelingkahan perbezaan pendapat antara satu sama lain tapi itu semua mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami.

7.30 pg – Check out hotel, menuju ke Shenzhen semula. Dari Ximenkou station menuju ke Guangzhou east railway station.

8.00 pg –naik bullet train ke Shenzhen.

 9.15 pg –Tiba di Luo Hu station(Shenzhen) decide utk sambung shopping di Dongmen Street. So dari Luo Hu station stop di Lao Jie Station.Sekiranya ingin mencari barang electronic boleh ke Hua Qiang Road, dekat sini macam2 boleh jumpa tapi pastikan anda tahu brg ape yang anda cari sebab cara penjualan nya bergunung-gunung di longgok dalam kedai

sambung shopping lagi di Dongmen Street.. hahaha 














nampak tak dh macam ape dah beg sikit punye dh penuh  tak sedar diri bershopping lagi tu.. duit tak habis lagi nak buat macam mane.. hahaha
Time ni adik terpakse berpisah sementara sebab dia nak shopping barang electric di Hua Qiang Road

5.00 ptg –Utk ke airport, dari Lao Jie station terus ke Hou Rui station  dan amik shuttle bus ke Airport East.





8.15 mlm –fly balik Malaysia.. yeahhh rindu nasi lemak pak naser J.. Bye China, Hong Kong & Macau until we meet again one day.



Bajet :



Tiket MRT dr Ximenkou station ke Guangzhou east railway station :
6¥ (yuan) x 4 =24 ¥
(24¥ @ 0.52 =RM 12.48)

Tiket Bullet Train:
79.50¥ x 4 = 318¥
(318¥ @ 0.52 =RM 165.36)

Tiket MRT ke Lao Jie station dari Luo Hu station :
2¥ (yuan) x 4 =8 ¥
(8¥ @ 0.52 =RM 4.16)

Tiket MRT dari Lao Jie station ke Hou Rui station :
8¥ (yuan) x 4 =32 ¥
(32¥ @ 0.52 =RM 16.64)

Grand Total = RM 6,212.31 (xtermasuk makan dan shopping)

dekat sini saya share sikit tips sebelum anda memulakan trip anda akan datang:-

1)      Di China penduduk tempatan tak tahu English Cuma ada sesetengah boleh cakap english tapi kurang mahir
2)     TIDAK ada tulisan rumi bertulis di mesin beli tiket mrt jadi kne pandai2 nk hidup print siap2 MRT map yang ada tulisan rumi
3)      Calculator kena ada sentiasa di tangan
4)      Di Hong Kong dan Macau komunikasi sgn mudah sebab semua orang boleh cakap English
5)      Barang di Hong Kong sgt mahal, makan tempat tinggal tapi sgt mudah nk cari makanan halal kalau duduk di sekitar Cung King Mansion. Barang branded dan minyak wangi sgt murah boleh beli.


  

Vacation 2014 : Shenzhen Hong Kong Macau Guangzhou (GuangZhou)

Hari Ke-lima  (10 Jun 2014)

Hari ini plan berjalan sambil bershopping menghabiskan duit yang ada. So tempat yang di tuju adalah semestinye kawasan shopping yang bersepah2 di area bandar GuangZhou.

8.30 pg –ke tempat shopping area Beijing Lu. Dari hotel amik Ximenkou station stop di Gongyuanqian station pertukaran ke Haizhu Square menghala ke Beijing Lu station. Dekat sini macam2 boleh cari banyak lorong2 kedai yang jual pelbagai barang harga boleh tawar menawar pandai tawar harga lebih murah lah.





Sebelum start shopping jom ikut kami isi perut dulu kang perut dah meragam shopping ke mana ape ke mana. Dalam celah2 lorong antara kedai2 jual macam-macam barang abah boleh pulak jumpe kedai makan yang halal. So tanpa berlenggah ape lagi makan dulu lah kang dh jalan xjumpa kedai makan lagi naye



Not bad masakan dia still boleh di terima tekak sebab ada rasa pedas 
makanan yang kami makan ni dari suku kaum china "Urgur"


dah kenyang sambung shopping lagi. Memang rambang mata lah cakap hang. sampai tak tahu nak beli ape.

 


1.00 tghari – sambung shopping di Haizhu square. Disini sebijik macam GM plaza macam2 jenis wholesale dalam ni. Dari Beijing Lu station trun 1 station shj je Haizhu station.

On the way nak pergi dkt wholesale mall boleh pulak terjumpa si penjual satay.. memang pantang jumpa so take a break minum petang sambil selamba duduk tepi jalan.. nk makan punye pasal hihihihi.


Satay kambing with pita

yang adik try ni dia macam somtam tp ada macam kuew tiow halus, sedap jugak




7.45 mlm –dah penat bershopping , kami naik cruise dekat pearl river. Tengak Bandar Guangzhou di banjiri cahaya lampu serta Canton Tower.Jalan kaki shj dari Haizhu square station nanti ada direction sign yang tunjuk ke jeti cruise.




Menara Canton, Guangzhou

Balik hotel jom tengok ape yang kasi beli sepanjang siang hari berjalan.. sambil kemas bag sebab esk dh nak blik ke Malaysia sudah.. memang tak puas duduk sehari sebab x puas shopping.. hihihi

giler lah phone casing macam-macam bentuk

Iphone casing

baju baby macam-macam, comel-comel pantang nampak pasti beli



bag untuk anak-anak buah




Bajet :

Tiket MRT ke Ximenkou station dari Beijing lu station :
6¥ (yuan) x 4 =24 ¥
(24¥ @ 0.52 =RM 12.48)

Tiket MRT ke Beijing Lu station dari Haizhu square station :
2¥ (yuan) x 4 =8 ¥
(8¥ @ 0.52 =RM 4.16)


Pearl river cruise tiket 3rd  class:
1st class -78¥
2nd class - 48¥
3rd class -38¥ 

38¥ x 4 = 152¥
(152¥ @ 0.52 =RM 79.04) 


Vacation 2014 : Shenzhen Hong Kong Macau Guangzhou (MACAU)

Hari Ke-empat  (9 Jun 2014)

10.00 pagi –check out hostel, menuju ke china ferry terminal to Macau yang terletak di mall tingkat 1.Jangan risau ada signboard ikut sahaja inshaallah sampai. Kami dari hostel yang kami duduk tu just jalan kaki sahaja utk smpai ke china ferry terminal dalam 10 minit dh sampai. Sampai sahaja di terminal cari tiket paling awal utk ke Macau tapi sayangnya kami dapat tiket jam 12 tghari yang lain semua dah penuh. Banyak feri utk ke Macau tp kami memilih Cotai Water Jet sbb selesa. So sementara menunggu boleh jalan-jalan dalam mall dulu.

Kaunter beli tiket feri ke Macau





Bye Hong Kong


 12.00 tghari –berangkat dari terminal ke Macau.perjalanan makan masa lebih kurang 1jam 20 minit. Sampai sahaja di jetty Macau settle kastam semua korang boleh pilih shuttle bus yang korang suka asalkan tahu destinasi yang hendak dituju. So kami memilih shuttle bas ke Dream of city sebab area Dream of city dekat dgn Hard rock cafĂ© dekat dgn The Venetian ( mmg yang itu sahaja plan utk melawat sbb xbanyak masa just drop by utk ke Guangzhou). Shuttle services smua free di serata Macau dan juga perkhidmatan penyimpanan luggage juga free.Kalau hendak makan boleh makan di dalam The Venetian ada makanan halal(Indian food)

Entrance Hotel City Of Dream



City Of Dream

The Venetian

Mewah ke tidak tgk public toilet dia dh tahu
Orang Macau hidup dengan aktiviti berjudi sahaja

Venice in The Venetian

Food court dia ada jual makanan halal
Indian food

 4.30 ptg –Take free shuttle dari The Venetian ke border gate Zhuhai utk  ke Guangzhou. Settle kastam Macau dan China jalan kaki terus ke Zhuhai railway station yang terletak di sebelah pintu masuk border.naik train dalam jam 7mlm.

Bye Macau


Hello GuamgZhou.. speed train ke GuangZhou


 8.00 mlm –tiba di Guangzhou South Railway station.terus amik line mrt ke hotel. Untuk ke Zhuhai special economic hotel stop di Gongyuanqian station tukar ke Ximenkau station sampai sahaja di station cari exit yang menunjukkan arah ke Zhuhai hotel jalan kaki cuma 5 minit.

Bilik Hotel Zhuhai di GuangZhou

Suite Room
mmg senang nak masak jawapannye





Bajet :

Cotai Water Jet ferry to Macau:
160HKD x 4 = 640HKD
(640HKD @ 0.42 =RM 268.80)

  2nd class train to Guangzhou( speed train):
60¥ x 4 = 240¥
(240¥ @ 0.52 =RM 124.80)


 Zhuhai Special Economic Hotel:
Suit room -316¥/ night
Standard roon -297¥ / night

Total :316¥ + 297¥ = 613¥
          613¥ x 2 = 1226¥
          (1226¥ @ 0.52 = RM 637.52)























Vacation 2014 : Shenzhen Hong Kong Macau Guangzhou (HONG KONG - day 2)


Hari Ketiga  (8 Jun 2014)

8.00 pagi –Selepas sarapan pagi kami terus ke destinasi berikutnya iaitu Ngong Ping 360 cable cars. Dari Tsim Sha Tsui station amik kearah Tsuen Wan station tapi kena stop di Lai king station pertukaran ke Tung Chung station. Keluar je pintu exit jalan kaki shj nak ke Ngong Ping 360.Tiket kami dh beli awal2 sebab ada dpt harga diskaun dr staff hostel yg bookingkan.

Escolator ke pintu masuk cable car

9.00 pagi –turn naik cable cars ke puncak Ngong ping 360, 1 cable boleh muat dalam 8 org so lebih kurang 2 family lah kalau 1 cable car tu. Sampai atas just pusing-pusing ada kedai jual souvenir dan tarikkan yang paling penting ada temple Buddha siap ada patung Buddha besar ala-ala macam cerita shoaling tu.

tunggu turn nak naik cable car







penat nak panjat tinggi2 semata2 nak tgk budda besar jadinya kami selfie dari jauh sahaja


1.00 ptg –turun dari cable car terus menuju ke Tung Chung station dan amik tren stop di Sunny bay station pertukaran station ke Disneyland station. Hampir 6 jam juga habiskan masa dalam Disneyland itu pun mainn skip2  je main mainan dalam tu. Kalau sampai malam boleh tgk firework jam 8 mlm tapi kami xtunggu pun sebab nak sambung shopping.

Dari station MRT cable car td just tukar 1 station je utk ke Disneyland


Train dia pun special khas untuk pengunjung Disneyland sahaja 
dapat naik train mcm ni



.

Sampai dy station Disneyland

Here I'm 


Disneyland Castle


Tarzan hometown

7.30 mlm – menuju ke Ladies night market yang terletak di area Mong Kok. Dekat sini boleh lah kalau nk shopping barang sikit-sikit sebab di sini boleh tawar menawar.Gambaran ladies night ni sebijik macam petaling street Malaysia. So dari Disneyland station kami ke Sunny bay station semula dan terus amik aliran Hong Kong dan stop di Mong Kok station.Dari pintu exit Mong Kok station korang cari pintu keluar yang menujukkan arah ke ladies night market just jalan kaki sahaja dr exit station .
Suasana malam di Mong Kok Street

kat sini kene pandai tawar mmg akan dapat harga super B

perfume sangat murah Original OK
made in USA





Bajet :




Ngong Ping 360 cable cars ticket:
130HKD x 4 = 520HKD
(520HKD @ 0.42 =RM 218.40)


Disneyland  ticket:
420HKD x 4 = 1680HKD
(1680HKD @ 0.42 =RM 705.60)

Kerana esk hari kami sudah mahu ke Macau , jadi refund siap2 octopus card di customer services mrt station. Dapat balik 41HKD