Pengumuman Penting(sticky post)

Silalah jenguk2 blog usang lagi
dimamah usia ni...
BACA,KOMEN boleh
COPYCAT jangan sekali

Thursday, January 26, 2012

Banda Acheh : Hari Ke-2( 21/1/2012)-Part 1


Suasana subuh yg sgt syahdu kedengaran azan berkumandang
dari Masjid Baitullrahman dengar hingga ke hotel yg aku menginap…
kedua org tua aku pergi solat subuh berjemaah di sana tinggal aku di bilik hotel
7 pagi aku dan keluarga berjalan mengambil angin pagi kota banda acheh
yg sgt segar dan bersih maklum lah tiada pencemaran udara
tidak mcm kt bandaraya Kuala Lumpur ni..hihihihi
kami berjalan kaki dari hotel ke Pasar Nasabe iaitu pasar tani mereka

yg jarak nya ada dalam 2km…bayangkan keadaan mcm ini lah kesibukan penduduk tempatan menjalankan aktiviti harian pada pagi 26 dec 2004 mereka bertempiran lari dari tempat kejadian ini utk menyelamatkan diri dari bencana tsunami….
Dan sekarang korg boleh lihat betapa makmur nya kehidupan mereka sekarang rezeki mereka melimpah ruah ats hikmah yg terjadi….Seronok tgk keadaan penduduk tempatan menjalankan aktivit harian mereka. Kami makan pagi di gerai dekat kawasan pasar tersebut
menu pagi tu aku makan lontong,abah mkn nasi gurih(nasi lemak lah kalau di Malaysia) ,mamapulak mkn nasi putih berlaukkan ikan goreng panas-panas lagi..ikan dkt sana fresh-fresh pastu bapak-bapak ikan plak tu…
sikit punya besar ikan kt sana.. abah ckp sbb dowg punya laut lautan hindi sbb tu ikan tuna besar-besar. Selepas makan kami sambung perjalanan di sekitar pasar tani tersebut saja nk lihat keadaan, suasana, dan gelagat si penjual dan si pembeli. Kami teruskan perjalanan dgn hanya berjalan kaki pulang ke hotel tp kami tak pulang ikut jalan yg kami datang td sebaliknya kami pusing satu bulatan banda acheh,Banda acheh ni bulat jer tetapi di sbbkan sebuah sungai yg di panggil krueng acheh
Ini lah yg memisahkan dua menjadi 2 bahagian. Dulu nama sungai ini ada lah Kali Air Aceh(klu x silap) tetapi selepas kejadian tsunami nama sungai ini sudah bertukar menjadi Krueng Acheh akibat puluhan ribu mayat yg mati dalam sungai ini time bencana tersebut
Mama ckp krueng ni bermaksud Karung, masa tsunami dulu mcm2 makhluk yg tersangkut di dalam sungai ini itu yg menjadikan nama sungai ini bertukar. On the way balik ke hotel ternampak kedai sourvinor,barang-barang kraf buatan tangan penduduk tempatan
Sgt cantik sumpah tak tipu
Masuk-masuk jer dh terpaku melihat handbag
Ape lagi grab dan trus bayar
Pagi-pagi lagi kami dh bawa rezeki dkt org…
Bag ini harga nya hanya 180 ribu rupiah klu convert hanya Rm 63
Berbaloikan…J
Mama aq pun membeli belah jugak
tak mungkin anak perempuan nya saja yg membeli..hihihihi
Dan mama belanja aq wallet sgt cantik…
Bila dh dapat hasil tangkapan baru boleh balik ke hotel dgn hati yg girang gembira. Jam 2 petang kami mintak shuttle hotel bawa melawat kawasan2 yg masih meninggalkan kesan tsunami.
Tempat pertama yg di lawat perkampungan nelayan.Kt sini yg ada kapal nelayan yg tersadai atas sebuah rumah penduduk kampung ni
pihak kerajaan tempatan dh amik alih kawasan tersebut untuk di jadikan kawasan pelancongandan mereka pun dh pelihara dan baik pulih balik bot nelayan tersebut. Lepas itu kami ke Masjid Ulee Lheue, bayangkan masjid ni yg paling dekat dengan pantai yg menjadi titik permulaantsunami dulu tp sedikit pun tak terjejas di telan bencana tersebut
tempat ke-3 yang dilawat adalah Kapal PLTD Apung, on the way ke kapal pltd apung kami melalui jalan yg ada rumah aceh kira rumah asal seni bina yg menunjukkan rumah aceh tangkap gambar dan terus ke destinasi yg dituju iaitu Kapal Pltd Apung jarak kedudukan tempat asal sepatutnya kapal ini berada dgn kawasan terdampar sekarang adalah 5 km tgk lah kuat tak kuat kuasa air yg boleh hanyutkan kapal generator elektrik yg sebesar ini ke kawasan perkampungan penduduk tempatan,kapal apung ini telah meranapkan 2 biji rumah dan hanya 2 orang anak kapal ini sahaja yg terselamat daripada 8 org anak kapal sayu je hati dgr cerita penduduk tempatan menceritakan detik-detik cemas yg di lalui mereka, macam-macam gambar keadaan boleh di lihat di situ tp sayang time kami sampai dkt kapal pltd apung tak boleh nk masuk sbb belum di rasmikan kerajaan tempatan kerana kawasan itu officially dh menjadi kawasan wisata(pelancongan) mmg dh di bina semula kawasan sekeliling kapal. Tanpa melengahkan masa, kami dan pak supir terus ke Muzium Tsunami Aceh
muzium ini di bina atas dasar memperingati mangsa-mangsa bencana yg telah meninggal duniadan utk memperingatkan mangsa-mangsa yg masih hidup struktur binaan muzium ini pun sgt unik seperti sebuah bahtera klu di lihat dari sisi atas. Seni bina dalaman nya pun sgt unik muzium ini ada 3 aras, aras 1 ada memorial hall dkt situ ada 1 ruang yg mempamerkan nama-nama mangsa yg terkorban hampir 1000 nama jugak rasanya yg tepatri didinding memorial hall tersebut sambil2 tgk nama-nama mangsa yang terkorban boleh lah sedekahkan al-fatihah bagi mangsa agama islam. Utk ke aras 2 kami melalui jambatan "damai" nama nya dkt situ boleh lihat bendera negara-negara yg memberikan pertolongan utk mangsa-mangsa tsunami pada ketika 7 tahun yg lalu, di aras 2 juga kami sempat menonton tayangan pendek tentang kejadian tsunami yg hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit di ruang audiovisual yg di bina khas utk tayangan tsunami tersebut. Di aras 3 ada kedai yg menjual cenderamata dan ada ruang bacaan tapi kami tak sempat ke aras 3 sbb dh kesuntukan masa kerna pak supir hanya di bayar pada jam 2-6 ptg sahaja...hihihihi

mukadimah dgn gambar dulu.. :)
(sebenarnya ada masalah teknikal sedikit mengakibatkan gambar tak boleh berada di tmpat sepatutnya)


Bot Nelayan yg ter dampar di perkampungan nelayan.

Masjid Ulee Lheue

Rumah Aceh

Kapal PLTD Apung





Sambung di Part 2...

No comments:

Post a Comment