Pengumuman Penting(sticky post)

Silalah jenguk2 blog usang lagi
dimamah usia ni...
BACA,KOMEN boleh
COPYCAT jangan sekali

Tuesday, July 8, 2014

Vacation 2014 -Shengzhen - Hong Kong - Macau - Guangzhou (SHENGZHEN)

 Assalammualaikum... agak lama saya tidak menulis di ruang ini akibat kesibukan dalam kehidupan harian. Dengan masa yang terluang saya penuhi dengan melengkapkan perjalanan percutian saya baru-baru ini. Kali ini pilihan keluarga adalah negara pengeluar paling terbesar di dunia ini.. Jom ikuti pengembaraan kami sekeluarga yang berjalan secara bagpackers.

Hari pertama (6 jun 2014)

6.30 pagi –berlepas ke Shenzhen dari KLIA2 (airasia). Agak kebosanan jugak lah nak menunggu sampai jam 6.30 pagi sebab nya kami terpaksa datang ke airport awal untuk check in luggage.


 sangat selesa segala kemudahan yang di sediakan di KLIA2. boleh lah nk baring dekat sofa yang empuk sesama menunggu di ruangan boarding area.


10.30 pagi –tiba di International airport Shengzhen. SAmpai sahaja di airport Shengzhen bermulalah misi kami seperti peserta "amazing race". Kalau hidup di negara orang kena lah pandai-pandai bawak diri yer. So kena selalu bertanya supaya tidak sesat jalan.. Confident tu kena ada biarlah rakyat mereka bercakap bahasa kantonis skali pun yakin macam kita ni paham bahasa mereka.

11.00 pagi –ambil shuttle bas dr airport ke  Hou Rui station(line hijau) FOC utk shuttle airport no bus M416 dan terus menuju ke Lao Jie station dan intersub station ke Shaibu station(line kuning) untuk ke hotel. Nasib baik dapat pertolongan dengan seorang remaja ni even tak reti speaking englisg tapi common sence dia tinggi so dy dapat agak ape yang kami cuba sampaikan dekat dia, so dia tunjukkan kami station bus untuk ke MRT station.

keaadaaan dalam MRT, ini bukan time sesak orang balik kerja so tak lah macam tin sardin


12.00 tghari – check in di Colour inn hotel( Dongmen branch) ( kedudukan hotel sgt stategik, bersih, cantik dan selesa serta sgt reasonable boleh try check/booking melalui agoda). Semasa hendak mencari hotel ini pun satu hal sebabnya kami turun ke belakang so nak ke hotel kne lalu laluan short cut so cuba nasib try tanye direction hotel dekat pusat haiwan, nasib baik ada budak lelaki ni (teenager) boleh speaking so tak susah nak berkomunikasi dan dia tunjukkan sampai pintu hotel.



ini bilik hotel kami
Kami tempah 2 bilik yang berlainan jenis. so yang ini bilik dy kecik sikit tetapi selesa sangat murah pun murah. Bilik yang satu lagi tak sempat nak bergambar sebab tu blik abah dan adik.

2.00 ptg – terus menuju ke lokasi lawatan pertama iaitu Window of the World (WOW). Dari hotel naik MRT entrance Shaibu station interstation ke  Lao Jie station dan terus menuju ke Window of the world station dh sampai terus cari exit pintu J akan naik escalator terus ke pintu  masuk WOW. Naik je escalator akan nampak rekaan macam pyramid.


Dalam WOW setiap negara punya landmark mesti ada tapi sayang Malaysia KLCC kita takde mungki belum ada lagi kot time diorang bina WOW.









 banyak gambar sebenarnya tapi malas nak letak semua nanti xbest pulak.. so sape yang nk rasa semua tempat dalam dunia ni nak pergi boleh datang sini.

7.00 mlm – shopping di Dongmen Street di sekitar kawasan hotel (macam2 ada murah kalau pandai menawar). Dari WOW station patah balik ke Shaibu Station cuma perlu jalan kaki sahaja.







Bajet
Airfare& luggage  -RM 500x4= RM2k
Makan & insuranceRM134
  
Tiket MRT ke Shaibu station:
8¥ (yuan) x 4 =32 ¥
(32¥ @ 0.52 =RM16.64)
  
Hotel:
Colour inn Hotel
1 hot deal room(1 bed) = RM94.85 (incl.break1st)
1 standard room (2 single bed) =RM128.70 (incl.break1st)

Tiket MRT ke WOW station :
6¥ (yuan) x 4 =24 ¥
(24¥ @ 0.52 =RM 12.48)

WOW ticket fees:
160¥ x 4 = 640¥
(640¥ @ 0.52 =RM332.80)
  
Tiket MRT ke Shaibu station dari WOW station :
6¥ (yuan) x 4 =24 ¥
(24¥ @ 0.52 =RM 12.48)