Pengumuman Penting(sticky post)

Silalah jenguk2 blog usang lagi
dimamah usia ni...
BACA,KOMEN boleh
COPYCAT jangan sekali

Friday, August 1, 2014

Vacation 2014 : Shenzhen Hong Kong Macau Guangzhou (HONG KONG)


Hari kedua (07 June 2014)

8.00 pagi – dari Shenzhen masuk ke Hong Kong. Check out hotel terus menuju ke Shaibu station interstation ke Lao Jie station dan terus amik Luo Hu station line. Turun Luo hu station mmg dh smpai border Shenzhen-Hong Kong ( sebijik macam JB- Woodland). 

kat sini sistem beli tiket macam Malaysia juga semua pakai mesin.


menunggu MRT train ke border Hong Kong

Settle kastam China jalan kaki sikit masuk kastam Hong Kong. Sepanjang pejalan kaki dalam MRT station tu nanti korang akan jumpa agen yang jual kad transportation MRT Hong Kong (rupa kad mcm touch n go) tp kad ni di panggil Octopus card, dekat Hong Kong di sarankan pakai kad ni sebab senang utk korang bergerak kemana2 sebab semua bende boleh pakai Octopus card. 
Settle semua clearance kastam sambung amik MRT Hong Kong Line Lo wu station terus ke Hung hom station lepas tu intersub station ke East Tsim Sha Tsui station untuk ke hostel yang kami booking.

 Dah bagitau dah kan tadi sebijik macam JB-Woodland. Naik escalator tu dah Hong Kong

Ni baru lepas kastam Hong Kong berjalan kaki untuk ke MRT train Hong Kong. MRT ini pun bersambung Shengzhen ke Hong Kong just naik kejap untuk cek imagresin. Tu yang nampak tu Midland Hong Kong dah lah tu

Mama excited sebabnya orang paling awal naik train.




12.00 tghari –check in Canadian Hostel yang terletak di Chung King Mansion (sebab ape kami memilih hostel kerana murah nak dibandingkan hotel, jangan nak berangan klu sewa hostel utk dapat space yang besar sebabnya Hong Kong mmg mahal rate for space).Hostel pun harga dh RM2++ ini kan pula hotel rate semua RM 4++ ke atas utk standard room. Dari East Tsim Sha Tsui station cari exit pintu C1 keluar je pintu C1 mmg terus depan pintu masuk Chung King Mansion(screen besar depan pintu masuk). Persekitaran luaran hostel sgt menakutkan sebab ramai orang asing yang duduk menghuni pangsapuri di Chung King Mansion tapi jangan risau mereka  tak kacau cuma bila ditanya utk hotel or segala services yang ditawarkan tolak sahaja dengan cara baik. Terus masuk ke dalam dan tanya orang lift utk ke block E, lift agak sempit tetapi sistem lift sgt sistematik xperlu risau akan keselamatan kerana di setiap lift akan ada CCTV yang di perhatikan oleh orang awam. Canadian hostel boleh di booking melalui agoda atau direct sahaja email ke management hostel lagi mudah. Staff hostel sgt friendly serta senang berkomunikasi. Boleh juga minta bantuan staff hostel utk belikan segala tiket visit paling penting siap dpt discount mmg boleh jimat dekat situ dh.


nanti bila korang exit je dari MRT station terus akan nampak screen besar pastu tulis " Chungking Mansion"


Ni lah rupa hostel kami. selesa dan bersih even agak sempit tapi stil ada ruang nk solat juga.

3.00 ptg –dari Tsim Sha Tsui( masuk balik pintu C1) ke Central station untuk ke The peak Trum- Madam tusude – Sky terrace. Jalan kaki dalam 10 minit sahaja(try tye orang utk direction way ke The peak Trum- Madam tusude – Sky terrace)


 cari station hendak ke The peak Tram


kene beratur untuk naik tram




Angelina Jolie & Brand Pitt
Edward Cullen


Princess Diana
 Obama















7.00 mlm –turun dari  The peak Trum- Madam tusude – Sky terrace just walk away around 10 -12 minit untuk ke terminal feri balik ke Tsim Sha Tsui.but feri akan stop dekat Ocean terminal area Harbour City


8.00 mlm – sampai di Ocean terminal  jalan kaki menyusuri tepian muara menghala ke Avenue of star untuk cari tempat melepak sambil menantikan  persembahan Symphony of light di sekitar Pulau Hong Kong.





9.00 mlm –pulang ke hostel. Makan malam di sekitar hostel sebab banyak makanan halal di sekitar hostel jgn terkejut Syed Nasi buryani pun ada tp harga jangan cakap lah mahal. Di Hong Kong makanan, tempat tinggal sgt mahal.Air mineral 500ml shj sudah 8HKD (8HKD @ 0.42 =RM 3.36)


























Bajet :


Tiket MRT ke Luo hu station dari Shaibu station :
2¥ (yuan) x 4 =8 ¥
(8¥ @ 0.52 =RM 4.16)


Octopus card fees:
150¥ x 4 =600¥
(600¥ @ 0.52 =RM312)
Kami rugi sikit dekat sini sbb beli dlm RMB klu nk untung korang beli time masuk Hong kong sebab dh guna HKD punya currency . Nanti bila dh xnk guna boleh refund balik balance yang ada serta deposit card 50HKD sepatutnya tp nnt customer services ada charges 9HKD so akan dpt refund utk deposit 41HKD shj dan plus balance yang tinggal dlm kad.

MRT ticket fees – sentuh shj Octopus card

 Canadian Hostel :
130HKD x 4 x 2night =1040HKD
(1040HKD @ 0.42 =RM436.80)

 Ticket fees (the peak trum- madam tusude – Sky terrance):
260HKD x 4 =1040HKD
(1040HKD @ 0.42 =RM436.80)

 Feri fees –sentuh Octopus card.

 Makan malam :
Capati, pratha, apom & teh tarik
98HKD @ 0.42 = RM 41.16





No comments:

Post a Comment