Pengumuman Penting(sticky post)

Silalah jenguk2 blog usang lagi
dimamah usia ni...
BACA,KOMEN boleh
COPYCAT jangan sekali

Friday, August 1, 2014

Vacation 2014 : Shenzhen Hong Kong Macau Guangzhou (MACAU)

Hari Ke-empat  (9 Jun 2014)

10.00 pagi –check out hostel, menuju ke china ferry terminal to Macau yang terletak di mall tingkat 1.Jangan risau ada signboard ikut sahaja inshaallah sampai. Kami dari hostel yang kami duduk tu just jalan kaki sahaja utk smpai ke china ferry terminal dalam 10 minit dh sampai. Sampai sahaja di terminal cari tiket paling awal utk ke Macau tapi sayangnya kami dapat tiket jam 12 tghari yang lain semua dah penuh. Banyak feri utk ke Macau tp kami memilih Cotai Water Jet sbb selesa. So sementara menunggu boleh jalan-jalan dalam mall dulu.

Kaunter beli tiket feri ke Macau





Bye Hong Kong


 12.00 tghari –berangkat dari terminal ke Macau.perjalanan makan masa lebih kurang 1jam 20 minit. Sampai sahaja di jetty Macau settle kastam semua korang boleh pilih shuttle bus yang korang suka asalkan tahu destinasi yang hendak dituju. So kami memilih shuttle bas ke Dream of city sebab area Dream of city dekat dgn Hard rock café dekat dgn The Venetian ( mmg yang itu sahaja plan utk melawat sbb xbanyak masa just drop by utk ke Guangzhou). Shuttle services smua free di serata Macau dan juga perkhidmatan penyimpanan luggage juga free.Kalau hendak makan boleh makan di dalam The Venetian ada makanan halal(Indian food)

Entrance Hotel City Of Dream



City Of Dream

The Venetian

Mewah ke tidak tgk public toilet dia dh tahu
Orang Macau hidup dengan aktiviti berjudi sahaja

Venice in The Venetian

Food court dia ada jual makanan halal
Indian food

 4.30 ptg –Take free shuttle dari The Venetian ke border gate Zhuhai utk  ke Guangzhou. Settle kastam Macau dan China jalan kaki terus ke Zhuhai railway station yang terletak di sebelah pintu masuk border.naik train dalam jam 7mlm.

Bye Macau


Hello GuamgZhou.. speed train ke GuangZhou


 8.00 mlm –tiba di Guangzhou South Railway station.terus amik line mrt ke hotel. Untuk ke Zhuhai special economic hotel stop di Gongyuanqian station tukar ke Ximenkau station sampai sahaja di station cari exit yang menunjukkan arah ke Zhuhai hotel jalan kaki cuma 5 minit.

Bilik Hotel Zhuhai di GuangZhou

Suite Room
mmg senang nak masak jawapannye





Bajet :

Cotai Water Jet ferry to Macau:
160HKD x 4 = 640HKD
(640HKD @ 0.42 =RM 268.80)

  2nd class train to Guangzhou( speed train):
60¥ x 4 = 240¥
(240¥ @ 0.52 =RM 124.80)


 Zhuhai Special Economic Hotel:
Suit room -316¥/ night
Standard roon -297¥ / night

Total :316¥ + 297¥ = 613¥
          613¥ x 2 = 1226¥
          (1226¥ @ 0.52 = RM 637.52)























No comments:

Post a Comment